Saturday 3 March 2012

PMS

Assalamualaikum. annyonghaseyo! -_-

kenapa aku buat muka macam tu? nak tahu sebab ape tak? korang nak tahu ke tak nak tahu ke aku nak bagi tahu jugak. but at last entry ok.

right now, i am sure betapa ramainya lelaki di luar sana yang tak tahu ape itu PMS. the definition of pms is premenstrual syndrome. wanita2 sajee yang faham. orang laki memang tak amik port langsung. yang neh aku confirm. cuba korang tanya laki-laki kat luar sana, eh tak payah lah, tanya boyfren korang, dye tahu tak pms tu ape. and aku sangat2 sure dye akan jawab ' sengugut? emo tak tentu pasal' 

yes2 mesti mereka akan jawab bende alah tuh. betul kan? betul kan? hurm, sometimes kan aku fikir lelaki tersangatlah harus tahu pasal neh semua. sebab nanti mereka akan ada gf, ok lah bagi yang tak ade gf mesti ade adek perempuan kan, kakak ke kan? ok lah ok lah, bini lah senang cita. sebab nanti semua lelaki mesti nak ade bini kan? haaaaa, yang neh mesti korang tak dapat lari kan. tipu tak nak ade bini. : P

kalau korang dah ade bini nanti, every month mesti mereka akan mengalami this pms. bagi yang tak tahu, mesti nak tahu kan ape yang orang-orang puang *sleng ganu, korang ade? tak ade kan? haha. 
neh akan buat bila mereka mengalami pms ini. ok lets check it out!


Terbaring, terlentang, termeniarap sepanjang hari. 

yes2. ini adalah aktiviti paling penting setiap bulan. kenapa aku cakap penting, kerana pada masa ini, perut kami akan terasa seperti dicucuk2 oleh pisau blade yang kecik tuh, terasa digigit2 oleh semut api, berdenyut2 saket nye. hilang sekali sekala. pastu datang balik pisau blade dengan semut api neh dok serang kami. ok, itu hanyalah imaginasi aku yang sangat tidak tinggi untuk mengambarkan betapa saketnye diserang sengugut neh.
sometime kan, ada org yang akan pengsan, muntah-muntah bila kene sengugut. dasyatkan. alhamdulillah aku tak macam tu. syukur2. ^_^

Emosi yang berlebih-lebihan.

yang neh memang tak boleh nak lari. sebab emosi kami memang akan melebih-lebih time pms. that why korang akan perasan kenapa membe girl korang yang haruk, yang kecoh, yang hepy go lucky, tibe2 je diam membisu seribu  sesalan  bahasa. time neh korang janganlah bermain dengan perasaan mereka kalau tak nak kene maki+pukul dan sebagai nye. and one more, kalau tiba-tiba je mereka nangis, korang jangalah panik. hahahhaa. kan aku dah cakap emosi mereka neh berlebih-lebihan. so, korang layankan aje masalah mereka. nanti ok lah. masa nh jugaklah rase nak marah semua orang yang cari pasal. tak kira lah dok terlambak kan ayaq ka, kumbah baju aku yang dah disusun rapi *ape jadah nak kumbah baju aku kan, time neh jugaklah nak bersuprise2 hape lah, memang mintak maki lah kan. hahahaha. ganas kan perempuan.

Tak boleh nak buat keje langsung.

yang neh aku tak sure, but some of us maybe macam neh kot. sebab bagi aku, even aku saket sangat-sangat pon, tak ade sape nak tolong buat asignment aku, xde sape nak tolong basuhkan baju aku, mandikan aku. semua-semua lah. haha. tapi kalau kat rumah, sedang bercuti, memang tak buat keje rumah lah.
kenapa aku cakap tak boleh buat keje langsung sebab kami-kami tak selesa berdiri. hanya mahu duduk dan baring sajeee. rase macam nak rendam kan diri dalam air. sangat-sangat tidak selesa.

Masa neh lah fikir perkara bukan-bukan. 

mereka akan fikir yang mereka neh gemok, tak cantik, kulit dah berkedut, kulit hitam. semua-semua lah. hakikatnya, kurus, orang lain cakap cantik je. baru umur 20 an ah berkedut? hitam? no komen. perempuan memang macam ini. mereka bukan sengaja pon buat, mereka terpaksa, sebab naluri hati mereka dah menguasai akal dan fikiran mereka. mereka dah tak boleh berfikir dengan tenang.

Tidur

lastly, kalau korang nampak isteri, adek perempuan, kakak, mak korang yang dok tidur je sepanjang hari, means pms lah tu.

jom tidur. aku tak larat nak celoteh lagi. sengugut. tak ada mood! anyyong!. -_-

Thursday 1 March 2012

kenapa perempuan jual mahal?

Assalamualaikum.
 hi there. annyonghaseyo! *cube bace sambil muncungkan mulut lebih2. hahaha. 
bab buat kerepek, merepek memang bagi kat aku. ok dah!

then we need to be serious+matured nanoi.

korang baca dah kan tajuk entry aku? KENAPA PEREMPUAN JUAL MAHAL?

kenapa? kenapa? dan kenapa?
erm, aku tak sure lah yang mostly women neh jual mahal. but sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang anak perempuan neh, banyak jugaklah kaum hawa yang aku kenal salah seorang daripada golongan yang ini. persoalannya, betul ke perempuan neh jual mahal? then what the hell pulak dengan girl yang layan je semua lelaki. tak kan  nak cakap mereka neh playgirl? or maybe, mereka layan sebab anggap kawan, cuma laki tu je yang syok sendiri. perhaps lah kan.

lets checkidaout !

sebab-sebab perempuan jual mahal :

mereka malu.
yes, ini salah satu sebabnye. well korang pernah dengar kan "perigi cari timba" of kos lah pernah dengar kan. mase kecik-kecik dulu yang korang dok syok kat abam2 senior sekolah korang yang mase tuh korang still pakai tudung senget benget, hingus meleleh lagi. bila korang cite kat membe2 korang, membe korang akan cakap "kau tak payahlah jadi perigi cari timba, abam tu pandang kau pon tak nak" hahaha. pernah rasa tak? ke aku sorang je yang rasa. =.='
perempuan dengan sifat malu adalah suatu relation yang sangat-sangat paling amat kuat. *dah terlebih kata kerja lah pulak kan. being a girl, this kind of feeling should or wajib ada. sebab ini adalah maruah kami. sebab tu bila ada mamat-mamat tepi jalan yang dok buat bunyi tikus mondok panggil awex-awex hot lalu, awex-awex yang hot neh tak akan layan. sebab ape? sebab mereka malu. yes, malu. then laki-laki jangan pulak fikir yang awex tuh sombong. mereka tak sombong, mereka cuma malu. orang cakap, malu tapi mahu kan. haha. pandai-pandai je aku. tapi kalau ada yang dok balas ushahan mamat-mamat tadi tuh, aku tak tahu plak nak cakap tu jenis ape. no komen.. :P

mereka dah ada teman hidup.
yes again. haha. yang neh aku confirm+++. sebab ape aku cakap macam neh, sebab majority, erk not majority lah, some of them lah, membe aku yang dah berpunya, adalah seseorang yang sangat-sangat lah setia. sebab tu dye tak akan layan some men yang suka-suka dok antaq chat kat depa semata-mata nak mtk no tepon bagai. mukadimah bukan men panjang lagi. sapa nama, tinggai mana, sihat ka, belajaq mana, and lastly dah tau latar belakang, mintak no fon. sorry to say ea sorry to say *cara kinah dalam cite biar mimpi sampai ke bintang cakap. perempuan sangat suka berkawan. but not untuk dijadikan stock scandal para-para kasanova kat dunia neh. dunia? malaysia pon tak habes jelajah lagi. tapi mana tahu kan yonghwa oppa tiba-tiba add facebook aku. hahhahaha. gila perasan. >.<
sebab tu aku prefer tak akan berkawan dengan lelaki yang dah ade girlfren. kawan bese-bese boleh lah. tapi kalau selalu contact tak kot. sebab aku takut nanti tak pasal-pasal girlfren dye serang aku. takut wOo. it is base on my experienced. haha.

mereka tak sudi.
yang neh aku kurang yakin. sebab aku kawan je dengan semua orang. tak pilih sapa-sapa. but kemungkinan jugaklah. sebab girls was a creature that was a very complicated. mungkin bagi yang jenis suka kan popularity tak kawan kot dengan mamat yang jual burger tepi jalan. *kalau aku, yang tulah aku kawan kot, sebab boleh bagi beger banyak. i just love beger!
maybe dyeorang neh high class that wearing high branded clothes and whatsoever. mana nak pandang mamat yang hanya jual burger pakai jeans tshirt bundle, sehelai rm5, boxer pon bundle, tak mampu nak beli elen delon, renoma. naik moto ex5 kapcai, xde bumbung, nanti kene ujan basah, panas, hitam. sebab tu bila ada boys yang macam neh nak usha girl2 yang dress up baik punye, mereka tak akan layan. low class. i hate these type of shit! haha. well, u are not ALLAH to judge people like that. hidup neh sekali je kak oii. bawak-bawak bertaubat. : D

aku pon bukanlah girl yang hot+cantek+pretty+gojes nak layan orang macam tuh. bagi aku perempuan kene jual mahal, sebab yang mahal neh lah yang orang akan cari? am i right? kalau semua pon layan, orang akan cakap kita neh too easy. kan. tapi kan tak semua perempuan yang suka melayan neh jahat tau. some of my friend are the one that have many boys friend. not special one ok. she said that, mereka layan bukan sebab gatal, tapi sebab kesian. kesian tengok lelaki-lelaki yang tak cukup kasih sayang neh. dye kata lah, bukan aku yang kata. then, lelaki, nak jadi tempat orang bagi simpati ke? kalau ada lelaki macam tuh, aku nak jumpe. sebab mostly lelaki yang aku kenal dan aku tahu adalah tersangat-sangat EGO. yes. haha.

tu jelah kot sebab-sebab nye. aku dah habes idea neh. boleh? orang nak buat blog, kau pon nak kan. ha amik. macam assignment plak kan nak kene fikir. lab repot cooking aku pon tak siap lagi! ok dah bye.
anyyong!

Thursday 23 February 2012

LAGU.



Assalamualaikum.
lagu ini tersangatlah menarik bagi orang yang sedang bercinta ok. lirik dye simple, but mendalam maksudnye. aku jarang nak mampos  boleh feel lagu melayu. *bajet2 minah saleh lah neh konon. puuuiiiihhh. hahaha.

first time aku dengar lagu neh, aku tersangat2 lah suka. why? dont ask me why. i just like it.

mungkin lagu neh dah lama kan. aku nak jugak cerita. sebab aku tak tahu tajuk lagu neh ape. aku search kt mr google dengan menaip satu rangkap lirik lagu neh. "hariku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku"
terus keluar full lirik. haha. good google!

ok dah. aku tak tahu nak cerita apa. till then. adios amigos! >.<

Sunday 19 February 2012

perkara yang perempuan nak dari seorang lelaki.

Assalamualaikum readers! wassup!

hehe. sekarang aku telah memulakan hidup sebagai seorang student kembali dimana cuti sem aku sudah habis dan sem baru telah pon bermula. 

1st day dah ade kelas. boleh? selalunye lepas daftar, tak ade dah kelas. aku dah boleh balik sambung tido. penat wOo. *belum ape2 dah penat kan. =.='
neh tibe2 kan seorang course mate aku cakap, public speaking jam 9 ada kelas. aku yang mule2 tadi malasss sangat2 nak pegi, terus membatalkan niat tidak elok itu. kene lah jugak pergi kan. almaklumla, tak kan aku sorang je nak memonteng. aku kalau nak buat jahat mesti kene ade geng. hihihi. baru kalau kene denda berjemaah kan. haha.

ok lah, sebenarnye aku bukan nak cite ape jadi kat aku seharian neh. tadi semasa aku tengah bermuka buku *ceh2 muka buku kan, aku jumpe satu ayat kot neh. tapi panjang sangat, erm nak kata cerita pon bukan, ape tah.

but bila aku bace, aku rase YES! semua neh memang perkara yang perempuan nak dari seorang lelaki. but untuk yang dah kawin jelah kot boleh buat bende neh semua. hehe. perempuan neh sangat complicated. sometime ape yang mereka cakap adalah bertentangan dengan ape yang mereka nak sebenarnye. Betulkan kaum2 wanita diluar sana. *erkk, tah2 aku sorang je yang macam tuh. hahaha. 

arghhh. lantaklah. aku nak jugak korang baca ape yang aku jumpe neh. lets cekidaut! 


When she stares at your mouth
Kiss her

When she pushes you or hits you like a dummy cause she
thinks shes stronger than you
Grab her and don't let go

When she starts cursing at you trying to act all tough
Kiss her and tell her you love her

When she's quiet
Ask her whats wrong

When she ignores you
Give her your attention

When she pulls away
Pull her back

When you see her at her worst
Tell her she's beautiful

When you see her start crying
Just hold her and don't say a word

When you see her walking
Sneak up and hug her waist from behind

When she's scared
Protect her

When she steals your favorite hoodie
Let her keep it and sleep with it for a night

When she teases you
Tease her back and make her laugh

When she doesn't answer for a long time
reassure her that everything is okay

When she looks at you with doubt
Back yourself up

When she says that she loves you
she really does more than you can understand

When she grabs at your hands
Hold her's and play with her fingers

When she bumps into you;
bump into her back and make her laugh

When she tells you a secret
keep it safe and untold

When she looks at you in your eyes
dont look away until she does

When she says it's over
she still wants you to be hers

When she reposts this bulletin
she wants you to read it

- Stay on the phone with her even if she's not saying anything
- When she's mad hug her tight and don't let go
- When she says she's ok don't believe it, talk with her because 10 yrs later she'll remember you
- Call her at 12:00am on her birthday to tell her you love her
-Treat her like she's all that matters to you
- Stay up all night with her when she's sick
- Watch her favorite movie with her or her favorite show even if you think it's stupid
- Give her the world.
- Let her wear your clothes
-When she's bored and sad, hang out with her
-Let her know she's important.
- Don't talk about other girls around her
- Kiss her in the pouring rain
- When she runs up to you crying, the first thing you say is:
"Whose ass am i kicking baby?"


apa yang aku nak cakap kat sini, not all these kind of thing should the man do. ada halal haram kan bagi yang belum berkahwin. aku pon bukan lah yang terbaik, but ada batasan jugaklah dalam bercouple neh kan. 

cume apa yang aku nak cakap, lelaki tak faham perempuan sepenuhnya. sebab tuh, setiap kali ada masalah between them, u guys should talk each other. not silent for a whole day. kan? because girl have too many thought when yang tersayang tak contact dye for a whole day. :)

orait, till then. adios. :D

Tuesday 14 February 2012

asam pedas. satay. kek batik.


Assalamualaikum.

hey! disebabkan hari ni aku rase rajen sangat2 kan. sampai 2 kali aku post. hahaha.

dari aku balik rumah neh ari tuh 18hb jan aku teringin nak makan tiga bende. bende ke? makanan lah kan. sedap sikit bunyi nye kan. ok these three kind of foods are

ASAM PEDAS MAK AKU
SATAY
KEK BATIK.

sepanjang aku kat rumah sempena cuti sem neh. adalah jugak tiap2 minggu mak aku masak asam pedas faveret aku. perghhh dye punye uhhhmmmm aku sorang je yang tahu! hahaha.
aku ade jugak sempat belajar masak asam pedas mak aku tuh. first trial tak bape nak jadi lah.. :(
give up dah. hahaha. nanti aku try buat lagi lah. :)


these one is not my mom punye, but 90% exactly lah. rasa je yang tak sure.
haha. that one pasal asam pedasss.. sekarang satay! sepanjang sebulan jugak aku cuti neh, adelah dalam 2 kali aku dapat makan satay! yeah. haha. kenapa aku macam orang mengidam nak makan satay ialah kerana, dekat terengganu, aku asyik keliur je tengok orang jual satay everytime aku p pasar malam. balik je pasar malam, aku mesti cakap " balik melaka, wajib makan satay!"
1stly aku dapat merasa kenikmatan satay masa aku pergi menziarahi along aku kat seremban sana. malam tuh tiba-tiba kan depa p pesan satay. haha. macam tahu-tahu je aku nak makan satay.
2ndly, kat rumah sendiri lah. abg aku punye baik hati kan nak belanja satay. hehee. jalan kan aje. aku pon bantai lah 10 batang. hahaha. pelahap kan? lantak.


satay kene makan dengan nasi impit+timun. baru uhhhmmmm!

lastly is kek batik. korang pernah dengar kan? tak kan tak pernah dengar. satu-satu nye kek yang senang sangat nak buat tapi kalau tak pandai dye akan jadi keras macam batu dan tak sedap untuk dimakan. *kalau teror bace dengan sekali nafas. hahaha. =.='
disebab kan aku nak sangat-sangat makan kan, ayah aku balik keje untuk rehat jap tadi, aku memanjakan diri menyuruh beliau membeli bahan-bahan untuk membuat kek tersebut. pada mulanya, abah macam tak mau beli. tapi disebabkan aku berjaya membodek beliau dengan mimik muka yang manja, akhirnya beliau beli jugak. ^_^ love u abah!

buat kek neh senang sajeeee. tak memerlukan tepung2 bagai. hehee. orang yang nak try boleh je even tak pernah buat. mase 1 st time aku buat pon, aku men buat je. alhamdulillah jadi jugak. hehe.
ape yang korang perlukan ialah:

butter. dan aku lebih prefer buttercup ^_^


biskut mary ori yang dipecah 4. pecah ke patah? asal boleh jelah.


susu pekat manis. setengah tin je ok.  F&N lah baru best. siap ade vitamin punye. 


mesti kene ade kan? kalau tak cmne nak warne coklat. van houten lah best!


lepas beli semua-semua bahan tersebut. korang masaklah. cairkan butter dalam kuali, then tambah susu pekat setengah tin, pastu masukkan koko. lagi hitam lagi menarikkan? tapi agak2 lah. jangan sampai pahit. then last sekali masukkan biskut mery yang dah dipatah 4 itu. gaul2 bagi sebati, masukkan dalam bekas. then kene mampatkan. kalau tak t mase potong pecah berderai. hehehe. masuk dalam peti, sok pagi dah boleh makan!

dah siap! hahaa. these one bukan aku yang buat. neh aku  search. aku punye haruslah lagi cantik! :D
aku punye dalam peti sejuk. tak kan nak keluarkan kan. hehehe. takpelah. at least korang dapat gambaran kan macam mane rupa kek batik tuh. dan aku sarankan, kalau nak makan, baik korang buat sendiri. daripada beli. beli TAK SEDAP!! percayalah. tak manis dan tak lemak! aku dah tertipu dua kali. dua pon tak sedap. tawar. hampeh.
senang je kan nak buat. kos pon keluar sikit je. kan. hehehe. orait till then. adios.

p/s : aku dah rasa macam rancangan masak-memasak dah. hahaha. ^_^

Monday 13 February 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI :)

assalamualaikum.

hari ni aku tiba-tiba nak share satu real story dalam entry aku neh. mungkin anda-anda dah baca kot kisah benar neh.

apa yang buat aku teringin sangat nak post ialah sebab aku rasa sedih sangat baca cerita neh. seriously, selalu nya, kalau aku baca mana-mana kisah pasal suami isteri aku rase jugak sedih. tapi tak sesedih yang kali neh. bende neh aku dapat dari fb. hasil godehan yang telah aku lakukan, lalu aku telah menjumpai isi hati ini.

this story is about luahan hati seorang suami. bila aku baca bende neh, air mata aku tiba-tiba mengalir. :')
sadis sungguh. aku percaya mesti ada yang terjadi kat luar kisah-kisah macam neh.

so, cakap banyak pon tak guna kan. lets read it!

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….





sedih kan? aku pon tak tahu kenapa aku boleh nangis lepas baca. air mata aku neh mengalir tiba-tiba je.

ALLAH tu maha adil kan? DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. isteri yang baik boleh membimbing suami yang macam neh. orang cakap menyesal di kemudian hari pon tak guna kan. susah nak jumpa isteri baik macam dalam cerita neh.

sekarang apa yang perlu kita buat, doa sehari-harian kita untuk diri sendiri. supaya cerita atas neh dapat dijadikan pedoman untuk kita pada masa hadapan kelak.

what goes around comes around kan?

sekian. :)
nak sambung running man. tak nak nangis dah. hehehe. :) 

Tuesday 7 February 2012

manja. gedik. mengada-ngada.

Assalamualaikum. :)

gedik? manja? mengada-ngada?

semue perkataan di atas tersangatlah sinonim dengan perempuan kan? yes perempuan. kalau lelaki, aku tak tahu pulak tang mana kegedikkan kemanjaan dan kemengada-mengadaan mereka tuh. tapi ada satu je lah kot golongan lelaki yang sinonim juga dengan perkataan-perkataan tersebut. PONDAN. hahahahhaa.

ok enuf nanoi! merepek panjang je keje. =.='

kenapa aku cakap semua adjektif kat atas tuh sinonim dengan perempuan? *jap2, betul ke adjektif? aku men tibai je neh weh. maklumlah dah 4tahun meninggalkan sekolah. : p

sebab, lumrah wanita memang suka bende2 yang macam tuh. perempuan memang suka akan perhatian. nak-nak lagi bila sedang bercinta. aku bukan cakap pasal aku oke. neh adalah fakta. sebab majority perempuan memang suka kan perhatian dan dimanjakan.

tak mo pergi jauhlah, sapa-sapa yang ada adek perempuan mesti dapat rasakan betapa dasyatnye perangai manja dyeorng dengan parents korang. boleh bayangkan tak?

tuh dengan parents. kalau yang sedang bercinta, lagi lah. sifat manja mereka neh lain macam betul. cakap manja, buat tu manja, buat neh manja. eh semualah manja. sampai boifren pon naik bosan dengan perangai manja dyeorang tuh. tapi kan, kadang-kadang lelaki memang suka awex yang manja-manja neh. betul ke?
but, kalau dah setiap masa nak manja je, memang semak lah kan.

orang cakap perempuan yang manja, gedik, dengan mengada-ngada neh lain. yeke? ye kot. sebab aku pon benci perempuan-perempuan yang gedik neh. korang semua tahu kan definisi gedik neh macam mane?
dari apa yang aku fahamlah, dengan semua orang dye nak tunjuk dye punya manja tuh. konon-konon manja semulajadi. kalau dengan kawan-kawan, parents, and orang-orang yang terdekat je tak pe kot. maybe orang keliling paham yang dye tuh memang manja perangai nya. tapi kalau tah dengan sapa-sapa, dengan yang dye kenal ke tak kenal, buat jugak perangai tuh, memang gedik lah kot. aku yang semulajadi manja neh pon boleh bertukar jadi hulk tengok orang macam tuh *eceh, manja lah konon nanoi neh. hahaha. 

tapikan. hakikatnya, perempuan memang semulajadi manja. perempuan sangat-sangat suka kalau orang beri perhatian lebih kat dye. dye akan rasa dihargai, disayangi dan bermacam-macam DI lagilah. itu lumrah. wanita memang suka pada perhatian. so, lelaki-lelaki kat luar tak boleh nak straight label perempuan tuh gedik mengada-ngada. sebab itu adalah lumrah yang tak boleh nak disangkal lagi.

lagi satu, orang selalu sangat kaitkan perempuan yang manja neh mesti lembik, tak kuat, sikit-sikit nages, sikit-sikit nak harapkan orang lain. wrong people! yes WRONG! tak semua macam tuh. ada je perempuan yang manja boleh selesaikan problem sendiri. boleh je dye face problem dye sendiri. tak susahkan orang lain. mengadu? itu adalah kebiasaan perempuan. mereka perlukan pendengar untuk luahkan masalah. bagi dyeorng selagi tak luah pada someone, dyeorang rase tak tenang. even kawan-kawan dyeorg tak boleh bantu, at least dapat dengar masalah tuh adalah sangat-sangat menenangkan bagi dyeorg.

menagis? biasa jugak beb. airmata dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. itu jugak salah satu cara unutk perempuan release tension dyeorang. dyeorang akan lebih tenang bila dapat menangis puas-puas. *sekali lagi neh bukan pasal aku saja ok.  compicated kan perempuan? sebab tuh perempuan neh istimewa. lelaki lain. dyeorang ade 9 akal dan boleh je pendam masalah dyeorang sendiri-sendiri. perempuan tak.

sebab tu orang cakap, nak cari suami, kene suami yang boleh membimbing kita. sebab, once perempuan tuh dah kawen, dye akan terus berharap pada suami dye. beza nye, macam mana cara suami tuh membimbing dye.

so, perempuan yang manja tak same dengan gedik dan jugak tak same dengan yang mengada-ngada. sebab, every words tuh mempunyai maksud yang berbeza-beza. yang tahu perbezaan tuh hanyalah diri sendiri, ataupon orang-orang yang rapat dengan kita.

p/s: saya budak baik >.<
tak ade gambar. malas carik! haaaaa. kbai.