Saturday, 3 March 2012

PMS

Assalamualaikum. annyonghaseyo! -_-

kenapa aku buat muka macam tu? nak tahu sebab ape tak? korang nak tahu ke tak nak tahu ke aku nak bagi tahu jugak. but at last entry ok.

right now, i am sure betapa ramainya lelaki di luar sana yang tak tahu ape itu PMS. the definition of pms is premenstrual syndrome. wanita2 sajee yang faham. orang laki memang tak amik port langsung. yang neh aku confirm. cuba korang tanya laki-laki kat luar sana, eh tak payah lah, tanya boyfren korang, dye tahu tak pms tu ape. and aku sangat2 sure dye akan jawab ' sengugut? emo tak tentu pasal' 

yes2 mesti mereka akan jawab bende alah tuh. betul kan? betul kan? hurm, sometimes kan aku fikir lelaki tersangatlah harus tahu pasal neh semua. sebab nanti mereka akan ada gf, ok lah bagi yang tak ade gf mesti ade adek perempuan kan, kakak ke kan? ok lah ok lah, bini lah senang cita. sebab nanti semua lelaki mesti nak ade bini kan? haaaaa, yang neh mesti korang tak dapat lari kan. tipu tak nak ade bini. : P

kalau korang dah ade bini nanti, every month mesti mereka akan mengalami this pms. bagi yang tak tahu, mesti nak tahu kan ape yang orang-orang puang *sleng ganu, korang ade? tak ade kan? haha. 
neh akan buat bila mereka mengalami pms ini. ok lets check it out!


Terbaring, terlentang, termeniarap sepanjang hari. 

yes2. ini adalah aktiviti paling penting setiap bulan. kenapa aku cakap penting, kerana pada masa ini, perut kami akan terasa seperti dicucuk2 oleh pisau blade yang kecik tuh, terasa digigit2 oleh semut api, berdenyut2 saket nye. hilang sekali sekala. pastu datang balik pisau blade dengan semut api neh dok serang kami. ok, itu hanyalah imaginasi aku yang sangat tidak tinggi untuk mengambarkan betapa saketnye diserang sengugut neh.
sometime kan, ada org yang akan pengsan, muntah-muntah bila kene sengugut. dasyatkan. alhamdulillah aku tak macam tu. syukur2. ^_^

Emosi yang berlebih-lebihan.

yang neh memang tak boleh nak lari. sebab emosi kami memang akan melebih-lebih time pms. that why korang akan perasan kenapa membe girl korang yang haruk, yang kecoh, yang hepy go lucky, tibe2 je diam membisu seribu  sesalan  bahasa. time neh korang janganlah bermain dengan perasaan mereka kalau tak nak kene maki+pukul dan sebagai nye. and one more, kalau tiba-tiba je mereka nangis, korang jangalah panik. hahahhaa. kan aku dah cakap emosi mereka neh berlebih-lebihan. so, korang layankan aje masalah mereka. nanti ok lah. masa nh jugaklah rase nak marah semua orang yang cari pasal. tak kira lah dok terlambak kan ayaq ka, kumbah baju aku yang dah disusun rapi *ape jadah nak kumbah baju aku kan, time neh jugaklah nak bersuprise2 hape lah, memang mintak maki lah kan. hahahaha. ganas kan perempuan.

Tak boleh nak buat keje langsung.

yang neh aku tak sure, but some of us maybe macam neh kot. sebab bagi aku, even aku saket sangat-sangat pon, tak ade sape nak tolong buat asignment aku, xde sape nak tolong basuhkan baju aku, mandikan aku. semua-semua lah. haha. tapi kalau kat rumah, sedang bercuti, memang tak buat keje rumah lah.
kenapa aku cakap tak boleh buat keje langsung sebab kami-kami tak selesa berdiri. hanya mahu duduk dan baring sajeee. rase macam nak rendam kan diri dalam air. sangat-sangat tidak selesa.

Masa neh lah fikir perkara bukan-bukan. 

mereka akan fikir yang mereka neh gemok, tak cantik, kulit dah berkedut, kulit hitam. semua-semua lah. hakikatnya, kurus, orang lain cakap cantik je. baru umur 20 an ah berkedut? hitam? no komen. perempuan memang macam ini. mereka bukan sengaja pon buat, mereka terpaksa, sebab naluri hati mereka dah menguasai akal dan fikiran mereka. mereka dah tak boleh berfikir dengan tenang.

Tidur

lastly, kalau korang nampak isteri, adek perempuan, kakak, mak korang yang dok tidur je sepanjang hari, means pms lah tu.

jom tidur. aku tak larat nak celoteh lagi. sengugut. tak ada mood! anyyong!. -_-

Thursday, 1 March 2012

kenapa perempuan jual mahal?

Assalamualaikum.
 hi there. annyonghaseyo! *cube bace sambil muncungkan mulut lebih2. hahaha. 
bab buat kerepek, merepek memang bagi kat aku. ok dah!

then we need to be serious+matured nanoi.

korang baca dah kan tajuk entry aku? KENAPA PEREMPUAN JUAL MAHAL?

kenapa? kenapa? dan kenapa?
erm, aku tak sure lah yang mostly women neh jual mahal. but sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang anak perempuan neh, banyak jugaklah kaum hawa yang aku kenal salah seorang daripada golongan yang ini. persoalannya, betul ke perempuan neh jual mahal? then what the hell pulak dengan girl yang layan je semua lelaki. tak kan  nak cakap mereka neh playgirl? or maybe, mereka layan sebab anggap kawan, cuma laki tu je yang syok sendiri. perhaps lah kan.

lets checkidaout !

sebab-sebab perempuan jual mahal :

mereka malu.
yes, ini salah satu sebabnye. well korang pernah dengar kan "perigi cari timba" of kos lah pernah dengar kan. mase kecik-kecik dulu yang korang dok syok kat abam2 senior sekolah korang yang mase tuh korang still pakai tudung senget benget, hingus meleleh lagi. bila korang cite kat membe2 korang, membe korang akan cakap "kau tak payahlah jadi perigi cari timba, abam tu pandang kau pon tak nak" hahaha. pernah rasa tak? ke aku sorang je yang rasa. =.='
perempuan dengan sifat malu adalah suatu relation yang sangat-sangat paling amat kuat. *dah terlebih kata kerja lah pulak kan. being a girl, this kind of feeling should or wajib ada. sebab ini adalah maruah kami. sebab tu bila ada mamat-mamat tepi jalan yang dok buat bunyi tikus mondok panggil awex-awex hot lalu, awex-awex yang hot neh tak akan layan. sebab ape? sebab mereka malu. yes, malu. then laki-laki jangan pulak fikir yang awex tuh sombong. mereka tak sombong, mereka cuma malu. orang cakap, malu tapi mahu kan. haha. pandai-pandai je aku. tapi kalau ada yang dok balas ushahan mamat-mamat tadi tuh, aku tak tahu plak nak cakap tu jenis ape. no komen.. :P

mereka dah ada teman hidup.
yes again. haha. yang neh aku confirm+++. sebab ape aku cakap macam neh, sebab majority, erk not majority lah, some of them lah, membe aku yang dah berpunya, adalah seseorang yang sangat-sangat lah setia. sebab tu dye tak akan layan some men yang suka-suka dok antaq chat kat depa semata-mata nak mtk no tepon bagai. mukadimah bukan men panjang lagi. sapa nama, tinggai mana, sihat ka, belajaq mana, and lastly dah tau latar belakang, mintak no fon. sorry to say ea sorry to say *cara kinah dalam cite biar mimpi sampai ke bintang cakap. perempuan sangat suka berkawan. but not untuk dijadikan stock scandal para-para kasanova kat dunia neh. dunia? malaysia pon tak habes jelajah lagi. tapi mana tahu kan yonghwa oppa tiba-tiba add facebook aku. hahhahaha. gila perasan. >.<
sebab tu aku prefer tak akan berkawan dengan lelaki yang dah ade girlfren. kawan bese-bese boleh lah. tapi kalau selalu contact tak kot. sebab aku takut nanti tak pasal-pasal girlfren dye serang aku. takut wOo. it is base on my experienced. haha.

mereka tak sudi.
yang neh aku kurang yakin. sebab aku kawan je dengan semua orang. tak pilih sapa-sapa. but kemungkinan jugaklah. sebab girls was a creature that was a very complicated. mungkin bagi yang jenis suka kan popularity tak kawan kot dengan mamat yang jual burger tepi jalan. *kalau aku, yang tulah aku kawan kot, sebab boleh bagi beger banyak. i just love beger!
maybe dyeorang neh high class that wearing high branded clothes and whatsoever. mana nak pandang mamat yang hanya jual burger pakai jeans tshirt bundle, sehelai rm5, boxer pon bundle, tak mampu nak beli elen delon, renoma. naik moto ex5 kapcai, xde bumbung, nanti kene ujan basah, panas, hitam. sebab tu bila ada boys yang macam neh nak usha girl2 yang dress up baik punye, mereka tak akan layan. low class. i hate these type of shit! haha. well, u are not ALLAH to judge people like that. hidup neh sekali je kak oii. bawak-bawak bertaubat. : D

aku pon bukanlah girl yang hot+cantek+pretty+gojes nak layan orang macam tuh. bagi aku perempuan kene jual mahal, sebab yang mahal neh lah yang orang akan cari? am i right? kalau semua pon layan, orang akan cakap kita neh too easy. kan. tapi kan tak semua perempuan yang suka melayan neh jahat tau. some of my friend are the one that have many boys friend. not special one ok. she said that, mereka layan bukan sebab gatal, tapi sebab kesian. kesian tengok lelaki-lelaki yang tak cukup kasih sayang neh. dye kata lah, bukan aku yang kata. then, lelaki, nak jadi tempat orang bagi simpati ke? kalau ada lelaki macam tuh, aku nak jumpe. sebab mostly lelaki yang aku kenal dan aku tahu adalah tersangat-sangat EGO. yes. haha.

tu jelah kot sebab-sebab nye. aku dah habes idea neh. boleh? orang nak buat blog, kau pon nak kan. ha amik. macam assignment plak kan nak kene fikir. lab repot cooking aku pon tak siap lagi! ok dah bye.
anyyong!