Tuesday, 14 February 2012

asam pedas. satay. kek batik.


Assalamualaikum.

hey! disebabkan hari ni aku rase rajen sangat2 kan. sampai 2 kali aku post. hahaha.

dari aku balik rumah neh ari tuh 18hb jan aku teringin nak makan tiga bende. bende ke? makanan lah kan. sedap sikit bunyi nye kan. ok these three kind of foods are

ASAM PEDAS MAK AKU
SATAY
KEK BATIK.

sepanjang aku kat rumah sempena cuti sem neh. adalah jugak tiap2 minggu mak aku masak asam pedas faveret aku. perghhh dye punye uhhhmmmm aku sorang je yang tahu! hahaha.
aku ade jugak sempat belajar masak asam pedas mak aku tuh. first trial tak bape nak jadi lah.. :(
give up dah. hahaha. nanti aku try buat lagi lah. :)


these one is not my mom punye, but 90% exactly lah. rasa je yang tak sure.
haha. that one pasal asam pedasss.. sekarang satay! sepanjang sebulan jugak aku cuti neh, adelah dalam 2 kali aku dapat makan satay! yeah. haha. kenapa aku macam orang mengidam nak makan satay ialah kerana, dekat terengganu, aku asyik keliur je tengok orang jual satay everytime aku p pasar malam. balik je pasar malam, aku mesti cakap " balik melaka, wajib makan satay!"
1stly aku dapat merasa kenikmatan satay masa aku pergi menziarahi along aku kat seremban sana. malam tuh tiba-tiba kan depa p pesan satay. haha. macam tahu-tahu je aku nak makan satay.
2ndly, kat rumah sendiri lah. abg aku punye baik hati kan nak belanja satay. hehee. jalan kan aje. aku pon bantai lah 10 batang. hahaha. pelahap kan? lantak.


satay kene makan dengan nasi impit+timun. baru uhhhmmmm!

lastly is kek batik. korang pernah dengar kan? tak kan tak pernah dengar. satu-satu nye kek yang senang sangat nak buat tapi kalau tak pandai dye akan jadi keras macam batu dan tak sedap untuk dimakan. *kalau teror bace dengan sekali nafas. hahaha. =.='
disebab kan aku nak sangat-sangat makan kan, ayah aku balik keje untuk rehat jap tadi, aku memanjakan diri menyuruh beliau membeli bahan-bahan untuk membuat kek tersebut. pada mulanya, abah macam tak mau beli. tapi disebabkan aku berjaya membodek beliau dengan mimik muka yang manja, akhirnya beliau beli jugak. ^_^ love u abah!

buat kek neh senang sajeeee. tak memerlukan tepung2 bagai. hehee. orang yang nak try boleh je even tak pernah buat. mase 1 st time aku buat pon, aku men buat je. alhamdulillah jadi jugak. hehe.
ape yang korang perlukan ialah:

butter. dan aku lebih prefer buttercup ^_^


biskut mary ori yang dipecah 4. pecah ke patah? asal boleh jelah.


susu pekat manis. setengah tin je ok.  F&N lah baru best. siap ade vitamin punye. 


mesti kene ade kan? kalau tak cmne nak warne coklat. van houten lah best!


lepas beli semua-semua bahan tersebut. korang masaklah. cairkan butter dalam kuali, then tambah susu pekat setengah tin, pastu masukkan koko. lagi hitam lagi menarikkan? tapi agak2 lah. jangan sampai pahit. then last sekali masukkan biskut mery yang dah dipatah 4 itu. gaul2 bagi sebati, masukkan dalam bekas. then kene mampatkan. kalau tak t mase potong pecah berderai. hehehe. masuk dalam peti, sok pagi dah boleh makan!

dah siap! hahaa. these one bukan aku yang buat. neh aku  search. aku punye haruslah lagi cantik! :D
aku punye dalam peti sejuk. tak kan nak keluarkan kan. hehehe. takpelah. at least korang dapat gambaran kan macam mane rupa kek batik tuh. dan aku sarankan, kalau nak makan, baik korang buat sendiri. daripada beli. beli TAK SEDAP!! percayalah. tak manis dan tak lemak! aku dah tertipu dua kali. dua pon tak sedap. tawar. hampeh.
senang je kan nak buat. kos pon keluar sikit je. kan. hehehe. orait till then. adios.

p/s : aku dah rasa macam rancangan masak-memasak dah. hahaha. ^_^

2 comments:

  1. best nye asm pedas, satay. kek batik.slrrppp.
    nak sikit kek batik!

    ReplyDelete
  2. meh2. datang sini. orang buat tapi makan sikit je. apesal tah. ade masalah lah dengan selera neh. datanglah kak! :)

    ReplyDelete